Checklist Barang Baby Anda Wajib Beli
Posted 1 month ago
baby supplies

Menyambut kehadiran insan baru dalam hidup kita merupakan momen-momen yang sangat mengujakan dan dinanti-nanti oleh semua ibu bapa. Pelbagai persediaan dan kelengkapan barang-barang baby perlu dibeli dan disiapkan. Tapi, tak tahu nak mula dari mana?

Jangan pening-pening, artikel ni memang khas untuk bantu anda buat senarai semak barang baby yang perlu dibeli. Di hujung artikel ini juga, ada lampiran checklist barang dalam format excel untuk kegunaan anda.


Isi Kandungan


Checklist Barang

Senarai semak barang bayi terbahagi kepada 4 jenis: keperluan asas, pakaian, penyusuan dan mandian. Jom kita teliti kenapa baby perlu semua barang-barang ni?

  1. Keperluan Asas
    • Pampers

      Selalunya, bayi yang baru lahir memang guna pampers saiz ‘Newborn’ ataupun NB. Tapi anda jangan terkejut nanti baru beberapa hari dah kene ‘upgrade’ ke saiz S. Untuk jimatkan masa dan tenaga, better standby siap-siap 1 pack saiz S.

    • Tisu Basah/Wet Tissue

      Tisu basah ni memang wajib ada masa tukar pampers. Sedikit tips, pastikan anda cari yang ‘fragrance-free’, bebas alkohol, tekstur lembut dan ada label ‘100% pure water’. Kulit baby sangat-sangat sensitif tau!

    • Bottle Spray

      “Eh bersih ke lap-lap pakai tisu basah je?” jangan khuatir, boleh guna botol spray. Hanya Isi air, spray dan lap-lap pakai tisu bersih.

    • Minyak Telon Bayi

      Minyak telon bayi ni lebih kurang macam minyak angin. Ianya memang diformula khas untuk bayi. Semasa beli nanti, perhatikan label bertulis ‘Minyak Telon Bayi’.

    • Baby Changing Mat

      Baby changing mat ni merupakan anda punya ‘first-line-of-defence’ in case si kecil anda ter-spray ataupun terberak semasa tukar pampers. Mujur kebanyakkan changing mat ni jenis kalis air, jadi mudah untuk dilap dan dibersihkan.

    • Baby Oil

      Baby oil berfungsi untuk melembutkan kerak kepala (cradle cap) pada bayi. Sapukan baby oil pada kawasan kerak, biarkan seketika, kemudian sikat perlahan-lahan dengan berus lembut untuk membersihkannya.

    • Gunting Kuku/Nail Clipper

      Beli gunting kuku khas yang sesuai untuk bayi anda kerana kuku bayi anda sangat kecil dan lembut.

    • Sikat

      Sikat bayi membantu merapikan rambut bayi tanpa mencederakan kulit kepala mereka yang sensitif. Ia juga sangat membantu untuk menghilangkan kerak kepala bayi selepas menggunakan minyak pelembab.

    • Bakul Baju

      Dengan adanya bakul baju bayi, anda tidak perlu buat kerja dua kali untuk mengasingkan baju-baju bayi dengan baju-baju orang dewasa yang lain.

    • Rak Baju/Transparent Drawer Storage

      Jika anda merancang untuk berpantang di rumah mak/mertua anda, rak baju bayi yang ringan dan mudah dibawa kemana-mana merupakan pilihan yang terbaik. Selepas habis berpantang, anda tidak perlu kemas lipat masuk dalam luggage sampai dua tiga kali. Hanya tinggal bawa rak ini ke mana-mana sahaja. Anda boleh cari rak seperti ini di Shopee atau Lazada.

    • Set Bantal & Tilam

      Selalunya kedai sudah pack siap-siap set bantal dan tilam bayi sekali. Jadi anda tidak perlu pening-pening untuk beli berasingan.

    • Travel Bag

      Travel bag ini sangat penting untuk menyimpan barang-barang keperluan bayi seperti pampers, baju spare, tisu basah dan lain-lain. Bag ini sangat berguna terutamanya bila ada terpaksa keluar kemana-mana dengan bayi anda.

    • Kelambu

      Kelambu berfungsi membantu melindungi bayi anda daripada gigitan serangga seperti nyamuk atau lalat daripada mengganggu tidur bayi anda.

  2. Pakaian
    • Baju

      Semasa fasa newborn, kebarangkalian untuk bayi anda kerap terjeluak susu atau pampers bocor sangat tinggi. Dianggarkan anda mungkin akan menukar baju bayi sekurang-kurangnya 4 kali sehari. Berapa banyak baju untuk dibeli, bergantung kepada seberapa kerap anda rajin nak basuh baju.

    • Mitten/Sarung Tangan

      Si kecil comel anda ini berpotensi untuk mencakar kulit wajah mereka tanpa disedari. Sarung tangan bayi bukan lagi sekadar aksesori ya!

    • Booties/Stokin

      Untuk stokin pula, bergantung kepada anda. Tapi selalunya emak-emak makcik-makcik kita ni pantang tengok bayi tidak berstokin ni!

    • Topi

      Pemakaian topi untuk si kecil membantu melindungi kepala bayi dari sinar Ultraviolet (UV) saat kita keluar ke mana-mana. Ingat, ibu ayah perlu hati-hati ya dalam memilih topi yang terlalu longgar. Ia berpotensi untuk menutup muka bayi anda dan meningkatkan risiko Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).

    • Swaddle/Kain Bedung

      Untuk kain swaddle, saya sarankan anda beli saiz besar 120cm x 120cm. Alasannya, anda boleh pakai lebih lama dan tak perlu beli yang baru lagi apabila bayi anda membesar. Memang jimat!

    • Handkerchief/Sapu tangan

      Bayi anda akan kerap mengeluarkan jeluak susu, jadi anda boleh lap menggunakan sapu tangan yang lembut dan mesra kulit bayi.

    • Bengkung/Barut Baby

      Pemakaian bengkung baby merupakan salah satu petua mak-mak zaman dahulu untuk mengelakkan bayi dari kembung perut.

  3. Penyusuan
    • Pam Susu

      Untuk ibu-ibu yang masih tidak pasti untuk mulakan dari mana, saya sarankan anda beli pam susu jenis manual dahulu. Ianya jauh lebih murah daripada pam elektrik. Bila sudah selesa dan anda yakin ianya membantu anda, barulah anda boleh ‘upgrade’ kepada yang elektrik.

    • Botol Susu

      Untuk persediaan, anda tidak perlu botol susu banyak-banyak. Beli hanya untuk ‘standby’ jika susu anda lambat keluar, atau anda terpaksa berpisah dengan baby untuk sementara. Fokus kepada jenis botol anti-colic.

    • Berus Pencuci Botol & puting

      Beli satu sudah mencukupi.

  4. Mandian
    • Besen Mandian Bayi

      Cari besen mandian bayi yang direka sesuai dengan saiz si kecil anda. Utamakan besen yang dilengkapi dengan tapak anti-slip untuk mengurangkan risiko tergelincir atau tenggelam dalam air.

    • Tuala

      Oleh kerana kulit bayi sangat lembut dan sensitif, pastikan jenis kain yang anda pilih mudah menyerap air dan diperbuat daripada bahan yang lembut seperti kapas organik atau bamboo fabrik.

    • Baby Wash & Shampoo

      Anda disarankan untuk beli tiub yang kecil terlebih dahulu atau trial kit untuk memastikan bayi anda tidak menunjukkan sebarang iritasi pada kulit seperti kulit menjadi kering atau merah.

    • Kapas Bulat

      Kapas bulat akan digunakan untuk membersihkan tali pusat bayi anda.


Tekan Sini Untuk Download Checklist barang baby [EXCEL]

Download gagal? Anda boleh pergi ke laman ini untuk copy jadual yang telah disediakan.


Checklist barang ke Hospital Kerajaan

Barang-barang semua dah beli lengkap, tapi apa pula checklist barang baby ke hospital? Bagi ibu yang first-time atau sudah lama tak beranak, mesti anda tertanya-tanya apa benda yang nak kena bawa masa serah diri? Berikut merupakan barang-barang penting wajib ada:

No. Barang Qty
1 Kad Pengenalan Ibu 1
2 Buku Pink 1
3 Pad Ibu 1 pack
4 Seluar Dalam Ibu 7 helai
5 Pampers Bayi Saiz:NB 10 pcs
*boleh standby 1 pack
dalam kereta suami,
incase bayi kene admit
lama dalam wad
6 Baju Bayi 1 pasang
7 Kain Bedung Bayi 1 pcs
8 Tisu Basah Bayi 1 pack
9 Snek-snek/Roti Ikut tekak
10 Air Mineral 1 botol besar
11 Termos 1 pcs
12 Cawan & Sudu 1 pcs
13 Milo 3 in 1, Vico atau apa-apa jenis air instant mengikut selera anda Ikut tekak
14 Beg ziplock 1 pcs
checklist barang baby ke hospital Sultanah Aminal

Gambar terbaru diambil pada Mac 2024 di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor

Nanti sebelum masuk ke dewan bersalin, nurse akan minta siap-siap barang di dalam jadual di bawah yang telah dibungkus rapi. Kalau anda tidak pasti nak bungkus ikut jenis 1 atau 2, tanya je nurse yang ada. Mereka semua ni sedia membantu anda!

    1. Bayi Lahir Bersama Ibu (simpan dalam beg ziplock)

      No. Barang Qty
      1 Pampers Bayi 2 pcs
      2 Baju Bayi 1 pasang
      3 Kain Bedung Bayi 1 pasang
      4 Seluar Dalam Ibu 2 pcs
      5 Pad Ibu 2 pcs
    2. Bayi Lahir Masuk Wad (simpan dalam beg ziplock)

      • Khas untuk ibu Diabetes
      • GBS +ve or carrier
      • Keluar air ketuban lebih daripada 18jam
      • Ibu tanpa nikah
      No. Barang Qty
      1 Pampers Bayi 7 - 10 pcs
      2 Tisu Basah Bayi 1 pack
      3 Seluar Dalam Ibu 2 pcs
      4 Pad Ibu 2 pcs